Showing posts with label daily life. Show all posts
Showing posts with label daily life. Show all posts

Sunday

discount

sapa penah masuk mall mesti penah nampak :-


aritu aku teman mak beli beg. tiba-tiba ada sorang salesgirl datang kat aku.

    nak beli handbag ke? skarang ada 30% off, 20% + 10%.

        ...........



20% + 10% bukan 30% la penipu.

-_-"

it's actually 20% off harga asal dan another 10% off harga lepas discount 20% tadi.


p.s : nasib baik dulu blaja business mathematic.

Thursday

my way or the high way


kaedah terbaik untuk asingkan isi & tulang ikan kalau nak buat kuah laksa tanpa mengakibatkan tangan anda berbau seperti ikan di pasar  :- pakai sarung tangan plastik.

sangat keji tapi effective =)

berita sedih bapak :(

i dah jumpa fariz kat facebook.


dia dah ada girlfriend.

haih.

:p

Wednesday

bonuslink

my bonuslink card  :)


sapa yang x de kad bonuslink macam ni, sila eat shit and die :p

Sunday

undi undi

yeah!



dah tua -_-"

Wednesday

mini cooper


amacam?

nak beli mini cooper sebijik x? :D


p.s : aku jumpa kat baskin robbins mid valley. hebat juga tokey baskin robbins tu :p

Thursday

konvo 2011

zaref paksa pegi T_T

*hehe*

date : 23 Oct 2011
venue : IOI Marriott Hotel, Putrajaya


kitorang sesat 3 kali lalu jalan tempat sama, x jumpa2. kali  ke-3 tu dah give up and cadang nak gi lepak alamanda je terus. tiba-tiba nampak signboard marriot! omg! excited gila! dekat 2 jam sesat. nasib baik aircond kereta sejuk ^_^

kitorang sampai masa diorang tengah sibuk amek gambar ramai-ramai yang official. orang pertama aku nampak ialah izzo. awek dia pun konvo juga so aku x amek gambar dengan dia :) lepas tu baru nampak fatah tapi aku x tegur. lepas nampak fatah zaref call.

sebelum gi tempat zaref & fatah aku cari izzo dulu sebab dia tengah beratur kat tempat air. hehe mintak air :p

    eh, miza! :D
        izzo, nak air. hehehe *buat muka*
    cawan dah habis miza. 

memang cawan dah habis. so aku pun beredar. tapi x lama pastu diorang letak cawan kertas so izzo panggil balik.

    miza, mana bunga izzo?
        eh? nak bunga ke? kat depan banyak. haha! (kat lobi byk bunga dijual)

tiba-tiba  kawan izzo join borak :-

    bunga saya mana?
        eh nak bunga gak? hehe depan tu banyak. mintak izzo. eh cop. awk yang ape ni kan? *dok pk nak cakap apa*
    yang repeat sebab kantoi? kah kah kah.
        bangang izzo! yang apa awk?
    yang duduk ss apetah tu.
        ss03. aah saya la *sambil sengih2*
    ok, betul la *:)*

*later i cerita pasal budak ss03 ni*

dah dapat air, :-

    thx izzo.
        thx je? bunga mana?
    haha. bye :D

lepas tu baru aku gi cari zaref & fatah. masa ni la anep ngumpat yus kat fatah :D tapi sambil2 dia ngumpat tu dia pandang2 aku pastu cakap tercover2. dia x sebut nama yus ye. dia ingat aku xtau kot kisah diorang. hahaha! dia berani sebut efi je. well, efi tu pun dah clue besar kot dia ngumpat sapa :D

masa sebelum balik amek gambar dengan fatah.

fatah :)

lepas tu dengan tya. tya lepak kat lobi. nasib baik nampak. aku ada bawak cupcake lebih pastu dari rumah memang dah berniat nak bagi kat tya kalu jumpe. alhamdulillah memang jumpa so aku pass kat zaref suruh dia bagi kat tya :)

tya :D

ni kat parking lot masa zaref amek cupcake :)

zaref :)

sebelum balik tu jumpa mr kumar. dia tanya pasal student favourite dia of course :)

pastu :-

    u dah makan ke belum?
        belum lagi sir. xkan nak makan. ni budak-budak konvo punya.
    hey makan saja la. they're not gonna stop u pun kan.
        hish mana boleh sir ni. nanti diorang punya x cukup. diorang bayar mahal.
    makan saja. there's plenty la.
        xnak ah sir. takut.

lepas tu sir blah. tensen kot aku xnak. haha. tapi x lama pastu nampak dia lg.

    u sudah makan ke belum?
        belum lagi sir. xnak la.
    u ni. makan saja la. they're not gonna stop u, u know.
       tau la sir tapi x elok la.
    apa x elok? mari sini i bawak u masuk lecturers punya tempat. u makan puas-puas.
        boleh ke sir?
    apa pasal x boleh pulak? mari sini i bawak. dont worry, i bawa u.
        sir ni tahpape tah.
    apa tahpape? u makan saja la. x de masalah punya. i bawa u.

typical kumar betul la. dia sikit lagi je nak tarik tangan aku, ok! -_-" so last-last aku ikut la. dia bawak aku gi tempat yang diletak tali dan ada orang jaga. omg! situ makanan ada lagi. x banyak tapi ada la daripada tempat budak-budak sume licin.

so, aku amek apa yang macam lazat :)

front view

back view

ada choc cake, peanut butter cake *yuck*, marble cheesecake, choc mousse, tuna bite, egg bite, chicken bite, cookies *xsedap langsung*, sandwich tuna, sandwich telo.

kalu i sorang je yang amek, confirm i amek lagi banyak. tapi sebab berdua, dan kawan i tu pulak amek sikit je, segan la i nak amek banyak-banyak T_T

ok dah habis cerita. hope you faham :D


p.s : x nampak mr ang, x nampak mr james, x nampak mr bala. ada nampak ms ng (dah kurus siot!) & ms Shamima je :)

Wednesday

kuih raya

yes i know dah basi -_-"

almond london
ada 1 raya ni x ingat tahun bila, tiap kali pegi beraya kat rumah orang mesti aku terjah almond london (but why london?) dulu. x tau kenapa. kalu dapat yang sedap tu, mmg habis la aku keje kan. haha kesian tuan rumah :p

bagi aku yang sedap kalu biskut dia rapuh dan garing instead of lembut macam masuk angin. dulu-dulu aku x makan kacang dalam tu. aku bagi nani :)


mama carries : my FAVE!
ok xtau kenapa tapi memang suka mama carries! tapi xsuka kalu terlalu rase macam susu tepung :( aritu beli online, peh macam makan makanan baby. rase susu tepung kuat sangat T_T


sarang semut : FAVE gak!
terakhir, ant nest (sarang semut) haha nak jugak bagi nama omputih :D suka. suka sangat!


ok, raya dah habis tapi kuih raya belum habis lagi. cene? -_-"

Tuesday

i heart kino! haha!

sejak sebulan dua yang lalu aku kerap ke kino membeli buku cerita. sanggup berhabis beratus-ratus ringgit walaupun sebenarnye tengah berada dalam lembah kepokaian -_-"

nak tau x sebab apa? sebab ni ha :-

front view

back view

kino bagi kad untuk kumpul cop! setiap cop bernilai rm50. makna nye setiap pembelian rm50 ke atas akan dapat 1 cop. pastu kena kumpul sampai 10 cop iaitu bersamaan dengan rm500 (aku rase mesti cecah rm600/700 sebab mana ada buku yang ngam-ngam rm50 sebijik. mesti cm rm29.60 so kalu beli 2 dah rm59.20 = lebih rm9.20! rugi nya! cuba bayangkan kalu 1 buku rm35, 2 buku dh rm70. lagi rugi! -_-")

setelah membeli buku berlambak-lambak dan mengumpul cop, inilah hasilnya :D

tadaaaa!~

hasil usaha gigih

voucher bernilai rm50 dan semestinya aku boleh beli 2 lagi buku dengan voucher ini. terima kasih kino. i heart you lah!! ^_^


p.s : nasib baik masa tawaran ni dijalankan aku tengah gigih lengkapkan koleksi buku-buku vampire aku. Hoho :D

nak sihat nak putih?

haritu excited beli lotion. healthy white kau. haha ^_^


beli sebab? : -

1 - terpengaruh dengan iklan! Hahaha.

2 - tengah on sale. dari rm19.90 tinggal rm12 je.

3. lepas dah tinggal rm12 je tiba-tiba ada additional discount plak lagi sebab beli sebagai ahli kelab watsons. last-last jadi rm9 je. gila ke x gila? :p

4 - tengah ada duit. haha penting tu.


apa jadah beli lotion sampai 2 botol besar? konon-konon berazam nak pakai setiap saat. tapi last-last pakai pun kadang-kadang bila ingat je. hangat-hangat tahi ayam betul -_-"


p.s : tapi sedaya-upaya tiap-tiap malam aku tepek. best gila tidur badan wangi-wangi (^_^)v

Wednesday

methods of melabel customers

korang tau kan bila jual carpet ni aku jumpe ramai sangat orang pastu prangai plak macam-macam?

ok, kebanyakan orang pun nama sama je. macam nama aku, kat malaysia ni ada beribu-ribu agaknya. langsung x special. so, cene aku nak bezakan miza a ke miza b ke miza c ke miza d? maksud aku kalu dari segi customer la. x kan cakap pasal diri sendiri pulak. aku ada 1 ketul je. mana ada sampai 4 :D


method 1 : -
melalui tempat pick up. kalu miza a duduk bangsar. nama dia dalam phonebook akan jadi 'miza bangsar'. kalu miza b amek carpet kat shah alam, dia akan jadi 'miza shah alam'.


method 2 : -
melalui pasangan dia. ho ho ho. contoh miza a ni bf dia nama ash. cey cey cey bf nak ash je :p so dia akan jadi miza gf ash.


method 3 : -
melalui tempahan dia. kalu miza a beli carpet kawen yang letak bunga warna-warni pastu tulis nama miza & ash, dia akan jadi 'miza carpet kawen bunga warna-warni'.


tapi dalam banyak-banyak methods ni, hanya method 1 je yang digunapakai dalam sistem phonebook. yang method 2 dan 3 hanya kalu berlaku dialog macam ni : -

    i ni kawan miza
         miza mana ek?
    miza yang duduk bangsar tu.
        err ramai jugak miza duduk bangsar. bf dia ash ek?
    aah! miza yang tu la.


ok, tu 1 dialog. lagi 1 dialog : -

    i ni kawan miza.
        miza mana ek?
    miza yang tempah carpet kawen bunga warna-warni tu.
        oooo. ok :)


tapi yang paling slalu jadi dialog 1st tu la. haha!

pastu aku rase kadang-kadang tu method 2 (mengenalpasti melalui suami @ bf) macam bahaya ek? sebab aku cam tau je sapa suami sapa, sapa bf sapa. hahahahaha! bukan sebab aku amek tau sangat, busy body sangat tapi sebab kadang-kadang pasangan (lelaki) diorang tu yang tempah carpet untuk pasangan (perempuan). tu yang aku jadi tau tu. x pn si pasangan (lelaki) yang dikerah oleh pasangan (perempuan) diorang untuk jumpa aku dan pick up carpet :)

jadi nya, kalu ada apa-apa yang x diingini berlaku (which is yet to happen, relax), jangan salahkan aku. aku hanya tukang hantar je. korang sendiri yang arrange urusan pick up memick up.


p.s : bukan aku yang bg number phone suami @ bf korang kat aku dan bukan juga aku yang bagi number phone aku kat suami @ bf korang  ^_^

Monday

m for money. eh, memey =)

isnin minggu lepas tiba-tibe kak zura (my very regular customer) sms cakap nak order kapkek 50pcs medium utk wedding, nak pick up selasa malam or rabu pagi. dia cakap nanti dia email design secepat mungkin. oleh sebab kak zura ni memang dah selalu sangat order pastu banyak2 plak tu, aku cm x leh tolak walaupun last minute sangat2.

lepas dia email, aku setuju dengan design. aku bagi quotation price untuk regular customer. ceh, lepas aku bagitau harga baru kak zura cakap kawan dia yang nak tempah and kawan dia tu plak pa kepada memey. ehem ehem sape x tau sape memey? 1 malaysia (and tah2 negara jiran dan x jiran pun) tau.

tapi oleh sebab dah bagi harga, x kan nak tukar tiba-tiba, betul?

nasib baik pagi selasa kak zura ckp x jadi amek rabu, diorang nak amek pagi sabtu sbb majlis nye malam tu. masa nak pick up dah set kul 10 pagi n orang tu cakap dia nak kuar rumah nanti dia akan call bagitau. aku plak aritu nanti nak kena hantar kapkek tunang utk sorang lagi customer yang boleh tahan regular jugak kat seremban parade pastu nak hantar huda naik train.



- sabtu -

kul 9 aku dah kejut huda dan suruh mandi cepat2. orang tu x call  lagi tapi blasah la, dah dia cakap nak jumpa kul 10, kena la sampai kul 10 kan. 9.30 aku kelam-kabut lari sini lari sana siapkan kapkek masuk plastik, tampal sticker, amek gambar sume. 9.45 dah kuar rumah. janji nak jumpa kat tol senawang. kul 10.05 aku dah sampai, aku call orang yang nak amek tu tp dia x jawab. aku sms kak zura. kak zura balas orang yang nak pick up tu blm gerak lagi, dia tengah siap2.

peh. berapi. aku kelam-kabut kot -_-"

btw, kapkek tunang tu aku x buat pun lagi decoration nye sebab smlm x smpt. so faham x kenapa aku berapi?

aku decide nak hantar huda dulu sebab huda nak naik train kul 11. jam mase tu baru 10.15. perjalanan senawang-seremban dalam 10 minit kalu speeding, aku ajak huda sarapan dulu. otw tu singgah carrefour, makan kfc. sorang seketul je ayam sebab kejar masa.

10.45 gerak dari carrefour, 10.55 sampai komuter. aku suruh huda jalan laju2 sebab train dah nak sampai. lps hantar huda aku trs balik n siapkan kapkek tunang tu. nasib baik simple gila design yang orang tu nak! @_@ (huda sms bagitau sempat naik train tapi dia kena berlari. haha)

masa tengah siapkan kapkek tu, pa memey call cakap dah gerak dari sungai buloh. pastu dia call lagi, cakap dah sampai sungai besi, setengah jam lagi sampai senawang. aik? setengah jam je tol sungai besi-senawang?

dan2 je aku siap buat kapkek tunang, pa memey pun call cakap dah sampai senawang. kelam-kabut aku kuar rumah. otw tu ikut blakang lori pulak. please la lori. boleh x kalau laju sikit? -_-"

dah sampai tol, dah exchange kapkek dengan duit, borak-borak sket, ketawa-ketawa sket, menuju ke seremban parade plak. hantar kapkek tunang. mak tiba-tiba nak makan ice-cream mcd. tengah makan tu huda sampai.

pastu balik rumah. pastu tidoooo =)

so ni gambar kapkek seperti yang dah tampal kat fb tadi ^_^


base putih, bunga-bunga krim + hijau epal.

kapkek ni tambahan untuk letak tepi-tepi kek kawen dia je :)

amacam nina jamil? kawen nanti nak kapkek macam memey x? hahaha!

(^_^)v

Tuesday

the wedding picture



:)


p.s : kalau lah masih single -_-"

Sunday

hijau itu macaron

my very first macaron.

door gift wedding kawan skolah, ezlin abd halim & helmi abd azim untuk tetamu lelaki. tahniah ezlin! moga berkekalan dan bahagia selalu. syok nye lepak uk setahun dua dengan suami.

*cemburu*

dah nama pun tangan lelaki yang pegang -_-"

x tau inti apa. tapi macam kekopian. benci kopi -_-"

Friday

c for nina

tiap kali nak sms nina, bila bukak phonebook, mesti aku tekan huruf 'n'. padahal nama dia aku letak kat 'c'. haha!

check it out yaww! ^_^


Thursday

facebook



sama macam dialog aku dengan nina hari tu :-

 
macam ayam dan itik berdialog. haha!

Monday

baju raya

tahun ni warna tema hitam/putih. so boleh pilih antara 2 warna tu la nak mana satu or kalu rase-rase macam tamak, boleh gabungkan dua-dua warna jadi hitam dan putih. but no kelabu. please donk! itu neither putih nor hitam kan? :)

seminggu sebelum puasa, aku dah survey baju kat satu butik kat tesco seremban 2. tujuan asal ke sana untuk hantar hp wan untuk repair. alang-alang dah sampai, aku pun masuk kedai-kedai tengok-tengok baju. ada satu baju ni harga aku rasa mahal tapi baju tu cantik. nak kata berbaloi tu, biasa-biasa je kot. warna putih, batu-batu hitam.

seminggu dalam puasa, lagi skali aku gi ke tesco dengan mak untuk amek hp wan. dah siap repair. pastu mak pun ajak masuk butik yang aku dah masuk haritu. tengok punye tengok, mak cakap "beli je la jom. nanti dah x de masa."


okay.

aku amek la baju putih tu. dalam hati x setuju dengan harga -_-" mak pun beli baju dia.

tadi (puasa ke 21) lepas makan malam around kul 11 mak ajak gi cari baju along. dia sorang je belum ada. ok, dah tempat ke-5 cari ~_~

setelah dekat sejam jalan-jalan tengok-tengok, kitorang singgah 1 stall ni, ada 1 baju warna hitam. size L. plain je pastu ada batu hitam kat area leher. mak belek-belek, tengok tu tengok ni, last-last dia cakap "boleh la ni. kalau along x muat, biar dia amek baju mak lagi satu tu. yang tu besar sikit. mak amek yang ni je."

setelah pulang ke rumah. mak pun sarung baju tersebut.

x muat.

ok, aku pulak sarung.

muat.

yay! aku punye!

x pasal-pasal baju raya ada 2. satu putih, satu hitam.

hahaha!

@_* cool yaww :D

Sunday

we are what we read

orang cakap 'we are what we read'. kalu camtu, i read buku-buku vampire. does that make me a vampire? :p

if so, can i be a cool one macam ni?
hahaha.

btw, semalam lepak mid valley. singgah mph.

tahukah anda buku-buku kat mph are more expensive than buku-buku kat kinokuniya? -_-" dah la kino provides you with a nicer bag! tapi i rase maybe certain books sahaja sebab ada a few yang harga sama so my suggestion would be, survey and compare the prices before you purchase! otherwise lepas beli dan tiba-tiba dapat tau kat kino boleh dapat lebih murah, confirm amuk satu badan. kalu korang x macam tu, x pe. yang penting aku confirm macam tu! :D :D

kalau agak-agak macam boring lepak mph pastu x tau nak tengok buku apa lagi dah, sila cari buku ni kat section 'cookery, cooking @ cuisine' aku pun x ingat dah.


gila spooky dan menggelikan cupcakes dalam ni. imagine dia decorate the cupcakes dengan frankenstein's ripped leg?!!! hanya ada bahagian kaki sampai ke keting dan pastu kat tengah-tengah ada tulang terkeluar siap berdarah-darah. saiko gila! T_T

buku ni bagus untuk mereka yang gila dan x geli makan benda-benda berdarah dan menggelikan. siap ada step-by-step macam mana nak decorate beserta gambar.


check it out yaww! :D

Wednesday

keje

kebanyakan orang akan beranggapan bila ada business sendiri, confirm orang tu kaya-raya. dialog-dialog common :-

    keje apa skarang?

        x keje pun. jual carpet je. business sendiri kecil-kecilan.

    masyuk la tu. bila nak blanja?


apa ingat aku keje cop duit? bila dah keje sendiri tu sah-sah la tanggungjawab makin berat. Sume pun nak kena buat sendiri. ada keje, ada la duit. kalu x de keje, x de duit la kn? even kalu aku bos besar pun x tentu lagi aku banyak duit just because i own a business.

macam nina. dia keje dengan ayah dia. so orang ingat dia duduk goyang kaki je kat office tu. goyang kaki pastu dapat macam ni?


pfft.

Sunday

blogger famous

seperti anda semua faham dan sedia maklum, of course kita-kita ni suka terjah blog bloggers yang famous. contoh nya blog 'me', 'hz', fl', dan untuk si nona, dia suka 'nr' hahaha. sorry ye, makcik-makcik bukan pilihan i :D

ohhh bila sebut 'nr', baru teringat si gwen. haha tu x boleh lupa tu! tengok mata la. hahaha! @_*

ok, motif entry ini ditulis ialah saje je nak bagitau bahawasanya aku dah mulai bosan dengan sesetengah blogger yang makin lama makin membosankan dan makin poyo malah ada juga yang makin merepek gila glamour. cakap tah hape-hape, benda x logik dan kadang-kadang tu sangat anoi. yang banyak hanyalah gambar-gambar syok sendiri dan langsung x terhibur bila tengok. sikit-sikit nak 'tampo doplohnam kali'. sikit-sikit nak 'buat muka comel'. sikit-sikit nak 'awesome!'

 -_-"

apa nak baca lepas ni kalau semua pun tahi-tahi sahaja?

pfft.


p.s : kenapa idgaf lama x update? @_@